Glosari Matematik Untuk Sekolah
| kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |
| pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajah | Menengah Atas |
Kembali ke atas