| mata wang | currency | Jenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negara seperti Ringgit Malaysia (bagi Malaysia), Rupiah (bagi Indonesia). Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| mata wang | currency | Jenis atau wang yang digunakan di sesebuah negara. Setiap negara mempunyai mata wang yang berbeza-beza. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| seragam | uniform | Perihal sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti. | Menengah Atas |
| teselasi | tessellation | Corak yang terhasil apabila beberapa jenis bentuk disusun rapat tanpa bertindih untuk menutup keseluruhan satah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar. | Menengah Atas |
| faedah | interest | Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam akaun jenis tertentu, atau bayaran tambahan kepada bank apabila seseorang meminjam wang daripada bank. | Menengah Rendah |
| pembeza layan | discriminant | Ungkapan b² - 4ac dalam persamaan kuadratik ax² + bx+ c = 0. Pembeza layan boleh digunakan untuk menentukan jenis punca kepada persamaan kuadratik. Lihat rajah | Menengah Atas |
| fungsi trigonometri | trigonometric function | Fungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat Contoh | Menengah Atas |