| sifat kalis tukar tertib | commutative property | Sifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama. | Menengah Atas |
| sifat kalis sekutuan | associative property | Sifat operasi penambahan yang membolehkan lebih daripada dua angka dicampurkan, tetapi masih menghasilkan jumlah campuran yang sama walaupun berbeza kumpulan angkanya. Contohnya, (3 + 6) + 8 = 3 + (6 + 8). | Menengah Atas |
| sifat kalis agihan | distributive property | Sifat operasi pendaraban yang membolehkan hasil pendaraban terhadap satu set nombor sama dengan hasil darab nombor ahli set tersebut secara berasingan. Contohnya, 2 (3 + 4) = 2 × 3 + 2 × 4. | Menengah Atas |
| hukum kalis agihan | distributive law | Hukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dengan cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3+5) = (4 × 3) + (4 × 5). | Menengah Atas |
| hukum kalis tukar tertib | commutative law | Hukum yang menyatakan bahawa hasil tambah atau hasil darab dua kuantiti adalah sama tanpa mengambil kira tertib kuantiti-kuantiti itu ditambah atau didarab. Contohnya, 3 + 4 = 4 + 3. | Menengah Rendah |
| hukum kalis agihan | distributive law | Hukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dalam cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3 + 5) = (4 × 3) + (4 × 5). | Menengah Rendah |