| dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |
| lebar | width | Ukuran panjang sisi yang lebih pendek pada satu objek. Lihat rajah | Menengah Atas |
| lebar | width/breadth | Ukuran sisi yang lebih pendek. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| lebar | breadth/width | Jarak dari tepi ke tepi bagi sisi yang lebih pendek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| pepejal | solid | Bentuk tiga dimensi yang mempunyai panjang, lebar, dan tinggi. Contohnya, kubus, silinder, piramid dan sfera. | Menengah Rendah |
| dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu seperti tinggi, panjang, lebar atau garis pusat. | Menengah Rendah |
| ukuran | measurement | Nilai yang diperoleh apabila mengukur panjang, lebar, jarak, jisim, atau isi padu sesuatu. | Sekolah Rendah |
| tiga dimensi | three-dimensional | Perihal bentuk yang mempunyai tiga ukuran, iaitu lebar, panjang dan tinggi. | Menengah Rendah |
| carta palang | bar chart | Gambar rajah yang menggunakan jalur yang sama lebar secara mencancang atau mengufuk untuk mewakili maklumat atau data. Carta palang dikenali juga sebagai graf palang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| bentuk tiga dimensi | three-dimensional shape | Bentuk yang mempunyai ukuran panjang, lebar, tinggi dan isi padu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |