| protraktor | protractor | Alat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. Lihat rajah | Menengah Atas |
| protraktor | protractor | Alat yang digunakan untuk mengukur sudut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| ukuran | measurement | Nilai yang diperoleh apabila mengukur panjang, lebar, jarak, jisim, atau isi padu sesuatu. | Sekolah Rendah |
| sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem mengukur masa dalam sehari yang dinyatakan dalam a.m. untuk pagi dan p.m. untuk petang. Contoh, pukul 10:20 a.m. dan 5:30 p.m. | Sekolah Rendah |
| sistem 24 jam | twenty-four hour system | Sistem mengukur masa dalam sehari yang ditulis dengan empat digit. Dua digit pertama menunjukkan jam dan dua digit terakhir menunjukkan minit. Contoh, pukul 5:30 p.m. ditulis jam 1730 dalam sistem 24 jam. | Sekolah Rendah |
| alat pengukur | measuring instrument | Alat yang digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek atau jarak di antara dua titik. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| aras laut | sea level | Aras permulaan yang digunakan untuk mengukur altitud daratan dan kedalaman lautan.Lihat Contoh | Menengah Atas |
| varians | variance | Min untuk penjumlahan kuasa dua sisihan daripada min bagi satu set data. Varians mengukur saiz sebaran sesuatu set data daripada nilai puratanya. | Menengah Atas |