| putaran | rotation | Penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik pada rajah berputar pada pusat putaran melalui sudut tertentu dan arah tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| sisi sebelah | adjacent side | Dua sisi yang bertemu pada satu bucu tertentu pada poligon. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajah | Menengah Atas |
| sudut pada lilitan | angle at the circumference | Sudut yang terbentuk apabila garis dari dua titik hujung lengkok bertemu pada titik ketiga di lilitan sesuatu bulatan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| diameter | diameter | Garis lurus yang menghubungkan dua titik pada lilitan dan melalui pusat bulatan pada bulatan atau sfera. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| isometri | isometry | Penjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran. | Menengah Rendah |
| paksi pantulan | reflection axis | Garis yang menjadi paksi pembalikan titik-titik objek pada sesuatu satah dan menghasilkan imej pada sisi yang bertentangan. | Menengah Rendah |
| jejari | radius | 1. Garis lurus yang menghubungkan pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. 2. Jarak di antara pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. Lihat rajah | Menengah Atas |
| padanan satu dengan satu | one-to-one correspondence | Hubungan yang menentukan kedudukan satu titik pada objek ke satu titik tertentu pada imej. | Menengah Rendah |
| sifar | zero | 1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0. | Menengah Rendah |