Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pantul
Kata Terbitan : memantul, pantulan,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pantulanreflectionPenjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajahMenengah Atas
pantulanreflectionPenjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah. Lihat ContohMenengah Rendah
paksi pantulanreflection axisGaris yang menjadi paksi pembalikan titik-titik objek pada sesuatu satah dan menghasilkan imej pada sisi yang bertentangan.Menengah Rendah
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Atas
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz imej sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Rendah
isometriisometryPenjelmaan yang menunjukkan objek asal dan imejnya bersifat kongruen. Dalam isometri, jarak antara dua titik pada objek asal sama dengan jarak antara dua titik yang sama pada imejnya. Pantulan, putaran dan translasi merupakan isometri. Lihat rajahMenengah Atas
isometriisometryPenjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran.Menengah Rendah

Kembali ke atas