| pendapatan | income | Wang yang diterima kerana melakukan pekerjaan termasuk gaji dan elaun. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| sumber pendapatan | source of income | Hasil yang diperoleh daripada pekerjaan atau transaksi seperti gaji, elaun, dividen dan faedah simpanan. | Sekolah Rendah |
| bajet | budget | Anggaran wang pendapatan dan perbelanjaan. Bajet dikenali juga sebagai belanjawan. | Sekolah Rendah |
| bajet mingguan | weekly budget | Anggaran wang pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap minggu. | Sekolah Rendah |
| bajet harian | daily budget | Anggaran wang pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap hari. | Sekolah Rendah |
| bajet bulanan | monthly budget | Anggaran wang pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap bulan. | Sekolah Rendah |
| cukai | tax | Wang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |