| pengamiran | integration | Proses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan. | Menengah Atas |
| putaran | rotation | "Proses penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik rajah berputar pada suatu titik tetap melalui sudut tertentu dan mengikut arah tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| penjelmaan | transformation | Proses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. | Menengah Atas |
| penaakulan | reasoning | Proses membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berasaskan sebab-sebab atau alasan yang ada. | Menengah Atas |
| operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, operasi asas matematik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. | Menengah Atas |
| deduksi | deduction | Proses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik. | Menengah Atas |
| aruhan | induction | Proses membuat kesimpulan umum berdasarkan kes-kes khusus. | Menengah Atas |
| permudahkan | simplify | Proses menulis semula pernyataan sebutan atau ungkapan dalam bentuk yang mudah. | Menengah Rendah |
| penjelmaan | transformation | Proses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz imej sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. | Menengah Rendah |
| pemfaktoran | factorisation | Proses mencari faktor-faktor bagi sebarang ungkapan, atau sebutan algebra. Contohnya, (i) pq + pr = p(q + r). (ii) a² - b² = (a - b) (a + b). | Menengah Rendah |