| rumus algebra | algebraic formula | Rumus yang menggunakan nombor, huruf dan tanda operasi dalam bentuk persamaan. | Menengah Rendah |
| teorem Pythagoras | Pythagoras’ theorem | Rumus segi tiga bersudut tegak (90°). Rumus ini ialah c² = a² + b². Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| rumus | formula | Kaedah atau peraturan pengiraan yang digunakan untuk mendapatkan jawapan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| rumus penurunan | reduction formula | Fungsi trigonometri berkaitan sudut 90° ± θ, 180° ± θ dan 270° ± θ dengan 0° < θ < 90°. | Menengah Atas |
| rumus sudut berganda | double angle formula | Persamaan yang mengungkapkan fungsi trigonometri sudut secara berganda. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| terbit | derive | Kaedah matematik untuk membentuk sesuatu rumus. | Menengah Rendah |
| pemboleh ubah bersandar | dependent variable | Pemboleh ubah yang menjadi perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan P ialah pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |
| pemboleh ubah tak bersandar | independent variable | Pemboleh ubah yang selain daripada perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan x ialah pemboleh ubah tak bersandar. | Menengah Rendah |
| julat | range | Perbezaan antara nilai terbesar dengan terkecil dalam satu set data. Rumus julat: julat = nilai terbesar – nilai terkecil, atau: nilai maksimum – nilai minimum. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| isi padu | volume | Ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu pepejal, cecair atau gas. Rumus isi padu: isi padu = panjang × lebar × tinggi. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |