| segi tiga bersudut tegak | right-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya 90°, dikenali juga sebagai segi tiga bersudut tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |
| segi tiga Pascal | Pascal's triangle | Tatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. Lihat rajah | Menengah Atas |
| segi tiga sama kaki | isosceles triangle | Segi tiga yang mempunyai dua sisi yang sama panjang, dan dua sudut tapak yang sama saiz. Lihat rajah | Menengah Atas |
| segi tiga sama kaki | isosceles triangle | Segi tiga yang mempunyai dua sisi yang sama panjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| segi tiga sama kaki | isosceles triangle | Segi tiga yang mempunyai dua sisi yang sama panjang dan dua sudut yang sama besar. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| segi tiga bersudut cakah | obtuse-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya lebih daripada 90° tetapi kurang daripada 180°. Lihat rajah | Menengah Atas |
| segi tiga bersudut tirus | acute-angled triangle | Segi tiga yang setiap sudutnya kurang daripada 90°. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| segi tiga bersudut tegak | right-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya 90°. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| segi tiga bersudut cakah | obtuse-angled triangle | Segi tiga dengan salah satu sudutnya lebih daripada 90°, tetapi kurang daripada 180°. Lihat Contoh | Menengah Rendah |