| operasi songsang | inverse operation | Operasi yang merupakan songsangan bagi sesuatu operasi lain. Contohnya, operasi songsang bagi 10 + 9 = 19 ialah 19 − 9 = 10. Maka operasi tolak ialah songsangan bagi operasi tambah. | Menengah Rendah |
| operasi songsang | inverse operation | Operasi yang menukar semula kesan suatu operasi yang lain. Darab dan bahagi serta tambah dan tolak merupakan pasangan operasi yang saling bersifat songsang. | Menengah Atas |
| matriks songsang | inverse matrix | Matriks songsangan kepada sesebuah matriks segi empat sama A ditulis dengan A-1. Hanya matriks segi empat sama yang boleh mempunyai matriks songsang. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| songsang sisi | laterally inverted | Perihal imej cermin yang sebelah kanannya ialah objek, manakala sebelah kirinya ialah imej atau sebaliknya. Lihat rajah | Menengah Atas |
| songsang sisi | laterally inverted | Perihal imej cermin yang sebelah kanan objek menjadi sebelah kiri imej dan sebaliknya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| ubahan songsang | inverse variation | Hubungan antara dua pemboleh ubah. Apabila satu pemboleh ubah meningkat, satu pemboleh ubah lagi akan menurun pada kadar malar. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| operasi songsang | inverse operation | Operasi yang sebaliknya bagi suatu operasi lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| ubahan tercantum | joint variation | Hubungan antara tiga atau lebih pemboleh ubah sehingga satu pemboleh ubah akan berubah secara langsung atau secara songsang dengan pemboleh ubah yang lain. Lihat Contoh | Menengah Atas |