Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(157)
Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang,
     pelanduk mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

 

Lihat selanjutnya...(62)

526

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluh

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
medianmedianNilai di tengah-tengah bagi satu set data yang disusun mengikut tertib. Contohnya, bagi set data 3, 4, 5, 8, 9, median = 5.Menengah Rendah
medianmedianNilai yang terletak di tengah-tengah susunan suatu set nombor yang disusun secara tertib. Contohnya, median bagi nombor-nombor 2, 3, 4, 5, 6 ialah 4.Menengah Atas
pusatcentreTitik yang terletak di tengah-tengah ruang.Menengah Rendah
medianmedianNilai atau nombor yang berada di tengah-tengah sesuatu set data. Lihat ContohSekolah Rendah
pusat bulatancentre of circleTitik yang terletak di tengah-tengah bulatan.Menengah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m.Menengah Atas
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. Lihat ContohMenengah Rendah
p.m.p.m.Singkatan bagi post meridiem (post meridian), bermaksud selepas tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah hari hingga tengah malam.Menengah Rendah
a.m.a.m.Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian), bermaksud sebelum tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah malam hingga tengah hari.Menengah Rendah
p.m.p.m.Singkatan bagi post meridiem (post meridian) yang bermaksud selepas tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah hari sehingga sebelum tengah malam.Sekolah Rendah
12

Kembali ke atas