Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nam] | منانم

Definisi : 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Banyak orang menanam pulut,
     Saya seorang menanam padi;
Banyak orang karam di laut,
     Saya seorang karam di hati.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Menabur (= menanam) biji di atas batu.

Bermaksud :

Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
infusevt 1. instill, menanam, menyemai: he was able to ~ courage into his men, dia berjaya menanam semangat berani dlm jiwa orang-orangnya; 2. fill (so. with courage, desire to do st, etc) menanam, menyemai: to ~ so. with the desire to succeed, menanam semangat ingin berjaya dlm jiwa sso; 3. soak, menyeduh, merendam: the herbs are ~d in hot water, herba itu diseduh dlm air panas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bed~ st in, menanam sst: he ~ded the seedlings in, dia menanam semaian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prick~ out, menanam: it’s time to ~ out the seedlings, sudah tiba masanya utk menanam anak-anak benih itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
instil , (US) instillvt menanam(kan): to ~ a sense of responsibility in the young, menanam rasa tanggungjawab dlm jiwa anak-anak muda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raise11. grow (crop) menanam: he ~s wheat in the fields, dia menanam gandum di ladang itu: 12. breed ( sheep etc) menternakkan: he ~s sheep on his farm, dia menternakkan biri-biri di ladangnya; 13. bring up, membesarkan: his children were ~d in the Islamic faith, anak-anaknya dibesarkan sbg orang Islam; 14. bring to an end, remove, melupuskan: the Government ~d the ban on certain items, kerajaan melupuskan pengharaman thdp beberapa barang; 15. cause (dough etc) to rise, menaikkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inculcatevt instil (fml) menanam, menyemai: to ~ a love of reading in the young, menanam tabiat gemar membaca dlm jiwa kanak-kanak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
buryvt 1. place (a corpse) in a grave, mengebumikan; (coarse) menanam: they buried the general with full military honours, mereka mengebumikan jeneral itu dgn penuh kehormatan tentera; he was buried at sea, dia dikebumikan di laut; he killed the girl and buried her body in the bushes, dia membunuh perempuan itu dan menanam mayatnya di belukar; 2. place (dead body, thing) in the ground and cover with earth, menanam: I saw the dog ~ing the bone, saya nampak anjing itu menanam tulang; she buried the rubbish, dia menanam sampah sarap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pot 1vt 1. plant in flower pot, menanam [sst] dlm pasu: the gardener ~ted the cuttings, tukang kebun itu menanam keratan-keratan itu dlm pasu; 2. shoot game for food, menembak [sst] utk makanan: he ~ted a rabbit for their dinner, dia menembak seekor arnab utk makan malam; 3. (in billiards) menojok [bola] ke dlm saku meja biliard: unfortunately, he ~ted the wrong ball, malangnya dia menojok bola yg salah ke dlm saku meja biliard;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
implantvt; ~ st in, a. instill st, (act.) menanam sst; (pass.) sst tertanam: she ~ed a love of reading in her children, dia menanam rasa suka membaca dlm jiwa anak-anaknya; certain ideas were firmly ~ed in his mind, beberapa gagasan tertentu tertanam dlm fikirannya; b. (med) insert, embed, mengimplan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedvt 1. have sexual intercourse with, meniduri; 2. embed, menanam; 3. plant in a bed of soil, menanam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas