| kata(word) | 1. Satu set aksara yang menduduki suatu daftar simpanan dan dilayan sebagai satu unit asas oleh litar sistem. 2. Jumlah bit yang berkaitan dengan satu suruhan atau satu unit data. 3. Kumpulan bit yang membentuk satu unit yang boleh dialamatkan langsung oleh sistem. 4. Jumlah bit yang panjangnya 16 bit. 5. Jujukan yang terdiri daripada suatu susunan huruf. | Kamus Komputer |
| tempoh kata(word period) | Tempoh masa di antara dua kata yang berjiran dalam suatu saluran penghantaran perhubungan. | Kamus Komputer |
| tanda kata(word mark) | Penunjuk permulaan atau akhirnya kata. | Kamus Komputer |
| saiz kata(word size) | 1. Panjang bit bagi daftar atau satu kedudukan ingatan untuk sesuatu mesin. Panjang bit ini bergantung pada kemampuan pengelolaan kumpulan bit terbesar dalam mesin tersebut. 2. Panjang bit data yang biasanya ditakrifkan sebagai 16 bit. | Kamus Komputer |
| ruang kata(word space) | Kawasan sebenar yang diduduki oleh sesuatu kata data dalam peranti ingatan. | Kamus Komputer |
| pemproses kata(word processor) | Perkakasan dan/atau perisian komputer yang digunakan untuk mengarang naskhah dokumen. Perkakasan pemproses kata biasanya terdiri daripada pemproses utama, simpanan kekal, dan pencetak bermutu. Perisian pemproses kata biasanya mempunyai kemudahan untuk menaip, menyelitkan data, memadam, menyalin, mencari, menggantikan, menyemak dan mencetak teks. | Kamus Komputer |
| pemprosesan kata(word processing) | Kaedah yang membolehkan pengguna membentuk dokumen dengan menggunakan peralatan komputer. Antara kemudahan yang terdapat dalam pemprosesan kata ialah kemudahan menyunting, memformat, menyimpan, mendapat kembali, mencetak, dan menyemak ejaan sesuatu dokumen. | Kamus Komputer |
| pemisah kata(word separator) | Aksara yang digunakan untuk memisahkan dua medan data. | Kamus Komputer |
| panjang kata(word length) | 1. Jumlah aksara atau bit dalam satu perkataan. 2. Saiz medan bagi satu unit data. | Kamus Komputer |
| muatan kata(word capacity) | Kemampuan muatan perkataan atau jumlah bit yang boleh dipegang oleh sesuatu kedudukan ingatan atau daftar sesuatu mesin tertentu. | Kamus Komputer |