| cedera | 1. luka (patah tulang dsb) pd badan kerana kemalangan dll: Banyak orang yg ~ dlm kemalangan itu. 2. cacat sedikit: ~nya rekod ini disebabkan oleh calar-calarnya. mencederakan menyebabkan (mendapat) cedera; mencacati: Tentera kerajaan telah ~ beberapa orang drpd pihak musuh. tercedera mendapat cedera; menderita cedera: Beberapa orang telah ~ dlm perkelahian itu. kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. | Kamus Pelajar |