Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
epal(épal) sj pokok yg buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah atau kuning dan boleh dimakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lada benggalalada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur;Kamus Dewan Edisi Keempat
avokadosj tumbuhan tropika yg buahnya ber­bentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau ke­hitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yg tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan, Persea spp.: buah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
lada1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
meja(méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kacang Isj tumbuhan dan buahnya; ~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok me­manjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emung­gai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occiden-talis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuh­an (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas; ~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb, Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); memperkacang menghabiskan (memboros­kan) harta atau wang orang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas