| agak | 1 pendapat yg berdasarkan tekanan semata-mata; sangka: ~ saya, dia sakit hari ini, oleh sebab itulah ia tidak datang. 2 lebih kurang; kira-kira: ~ dua hari lamanya, dia berada di Ipoh utk menyelesaikan urusannya di sana. agak-agak 1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? beragak, beragak-agak 1 bermaksud (bercadang, berniat) melakukan sesuatu: Dia ~ membuka sebuah syarikat perniagaan tetapi kekurangan modal. 2 berhati-hati atau beringat-ingat (ketika melakukan sesuatu). mengagak membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. mengagakkan menentukan sesuatu dgn hati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. teragak 1 = teragak-agak terfikir-fikir (sebelum melakukan sesuatu); terkira-kira: Dia ~ hendak memberitahukan kesulitannya kpd pegawai itu. 2 = teragak-agak berasa segan atau ragu-ragu: Kerajaan tidak akan ~ menghukum mereka yg hendak memecahbelahkan rakyat. 3 berasa ingin: Sesekali, ~ juga dia hendak pulang ke kampungnya. agakan sesuatu yg dijangka atau diduga: ~nya tepat sekali apabila keputusan tsb diumumkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| janggal I | tidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras: bunyinya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~ nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut; menjanggalkan menyebabkan (menjadikan) janggal, membuat sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan; kejanggalan 1. perihal janggal, kecanggungan; 2. sesuatu yg janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyampuk | 1. melanggar sesuatu (ketika berjalan); 2. menangkis atau menepis (pukulan dll); 3. mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu): kenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agak-nya; 4. mencelah (percakapan orang), me-motong cakap, mencampuri (hal orang lain): Azlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sampuk | = menyampuk 1. melanggar sesuatu (ketika berjalan); 2. menangkis atau menepis (pukulan dll); 3. mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu): kenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agak-nya; 4. mencelah (percakapan orang), me-motong cakap, mencampuri (hal orang lain): Azlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap; menyampukkan melanggarkan, menghantuk-kan; tersampuk 1. terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan), tersandung; 2. jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran: anaknya ~ hantu petang tadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| semu | 1. bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu; menyemu, menyemui mengakali, menipu; menyemukan memperdayakan, mengenakan (tipu muslihat); tersemu terpedaya: terlalu cerdik segala orang Melaka ini, tiada ~ oleh kita; penyemu orang yg menyemu, penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gamak | 1. agak, kira, sangka: ini tuan puteri ~nya; tidak ~ tidak ragu-ragu; 2. sanggup, sampai hati: sampai ~ ia menipu aku; ~-~ spt orang menyambal prb membuat keputusan tentang perbuatan dll dgn diagak-agak saja;menggamak-gamak 1. memegang-megang utk mengagak besar (berat) sesuatu, mengagak-agak: digamak-gamaknya benda itu lalu ia membayar harganya; 2. memegang-megang utk mengancam, mengacu-acu (senjata dll): ~ hulu keris;tergamak sampai hati, sanggup, teragak: masakan ~ ia membiarkan seorang drpd ahli keluarganya itu diseksa Jepun; tidak ~ a) tidak teragak, tidak terkira; b) tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak; c) tidak sampai hati, tidak sanggup: barangkali Ismail tidak ~ melihat Jamilah, sepupunya itu menangis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kira-kira | 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agaknya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikirannya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dgn menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mabuk | 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk beranganangan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempattempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd sebelah pagi, yg dialami pd peringkat awal kehamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gabungan | 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cindai sari | cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |