| cergas | 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kecergasan | 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bahan | 1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rancak I | 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ramai | 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mati I | 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (percakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt terlalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn sertamerta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolongmenolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguhsungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pelayaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bahasa I | 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; ~ badan = ~ gerak-geri = ~ tubuh cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; ~ baku bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; ~ basahan = ~ hari-hari bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; ~ besar bahasa yg sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yg tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia; ~ buatan a) = ~ rekaan bahasa yg menggunakan peraturan dan gaya yg direka bentuk khusus oleh manusia utk kegunaan tertentu (spt dlm komputer); b) = ~ dunia; ~ dagang bahasa perdagangan; ~ bumiputera bahasa peribumi; ~ daerah loghat daerah; ~ dalam bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); ~ dunia a) bahasa yg dipakai oleh jumlah orang yg amat besar bilangannya di merata dunia (spt bahasa Inggeris); b) = ~ buatan bahasa rekaan yg disyorkan dipakai di seluruh dunia (spt bahasa Esperanto); ~ halus bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); ~ hidup bahasa yg masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat; ~ ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; ~ ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; ~ isyarat cara berkomunikasi yg tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yg lazim dlm sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota; ~ (kacuk-) kacukan = ~ pasar a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; ~ kasar bahasa yg tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan); ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; ~ kedua bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; ~ kesat bahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya; ~ kiasan perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; ~ komputer = ~ pengaturcaraan bahasa buatan utk mengarang atur cara komputer; ~ lisan bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; ~ mati bahasa yg tidak digunakan lagi (secara aktif) dlm masyarakat; ~ Melayu kuno bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; ~ nadaan bahasa yg pola nadanya membentuk sebahagian drpd struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai; ~ Oceania bahasa yg dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik; ~ penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb); ~ penyatu bahasa persatuan; ~ peraga bahasa utama yg saling melengkapi bahasa kedua (spt bahasa Melayu dgn bahasa Inggeris); ~ perantaraan bahasa yg digunakan dlm perhubungan (percakapan dll) antara orang-orang yg berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa); ~ percakapan bahasa hari-hari; ~ perdagangan bahasa yg digunakan dlm dunia perdagangan; ~ peribumi bahasa yg dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dlm komuniti berkenaan, mis bahasa Iban; ~ persatuan bahasa yg berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dlm masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb; ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan karya kesusasteraan; ~ rasmi bahasa pentadbiran kerajaan; ~ rojak bp bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris); ~ sasaran bahasa yg menjadi tumpuan atau hasil terjemahan drpd bahasa yg lain; ~ standard bahasa baku; ~ sukuan bahasa yg digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak; ~ sumber a) bahasa yg merupakan (bahasa) asal kata pinjaman; b) bahasa yg akan diterjemahkan ke dlm bahasa yg lain; ilmu ~ a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa; b) tatabahasa; ~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budi bahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga); ~ menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita; berbahasa 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~;membahasakan, memperbahasakan 1. melahirkan dgn perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan: bahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara; 2. menyebut, memanggil: dahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar; 3. menegur, mempersilakan dgn hormat: mereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;kebahasaan hal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; perbahasaan 1. peribahasa; 2. pertuturan: pakaian dan ~nya telah bertukar;pembahasaan perihal (proses, perbuatan dsb) melahirkan idea, gagasan dsb dgn menggunakan bahasa: teori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yg mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;perbahasa 1. = perbahasaan peribahasa; 2. adat sopan santun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |