| ingatan | 1. sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran:Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2. kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~ nya masih kuat. 3. perhatian:Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa ala tulis sendiri. | Kamus Pelajar |
| ingat | 1. masih ada dlm fikiran; tidak lupa:Saya masih ~ lagi akan nama pengarang buku itu. memberi ~ memberitahu supaya ingat. 2. timbul dlm fikiran; sedar; tahu: Sesampai di sekolah, baru saya ~ bahawa saya tidak membuat kerja rumah yg diberikan oleh guru. 3. sedar (tahu); siuman: Budak yg pengsan tadi masih belum ~. 4. = ingat-ingat sentiasa berjaga-jaga; bersedia; berhati-hati:~, di sana penyamun banyak. 5. menaruh niat di dlm hati; bercadang; berhajat:Saya ~ hendak pergi ke sana besok. beringat berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. mengingat mengadakan dlm fikiran; membuat jadi ingat: Dia mencuba ~ segala pesan ibunya. mengingati sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang:Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya. mengingatkan 1. memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2. menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya. memperingati mengenang atau memuliakan sesuatu peristiwa dsb (dgn mengadakan sesuatu majlis dll): Tugu itu telah dibina utk ~ pahlawan-pahlawan negara. teringat ingat dgn tiba-tiba; terkenang; Setelah merantau selama tujuh tahun, dia ~ akan kampung halamannya. ingatan 1. sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2. kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~ nya masih kuat. 3. perhatian:Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa ala tulis sendiri. peringatan 1. hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2. sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. pengingat orang yg tidak mudah lupa (akan sesuatu yg didengar,dilihat, dibaca dsb). | Kamus Pelajar |