Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayah air


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hilir1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, meng­alir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik ber­jalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh.Kamus Dewan Edisi Keempat
bekal1. apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2. sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu.Kamus Pelajar
bekal1 apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2 sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. berbekal mempunyai bekal; membawa bekal. berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: Dia merantau ~ ilmu di dada. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balik1 pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2 bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3 sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4 tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka , maka jadilah . balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balik1. pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2. bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3. sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4. tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1. bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2. berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3. timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1. memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2. mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka 3/4, maka jadilah 4/3. balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. balik alih; membalik alih mengalih letak sesuatu supaya terbalik (songsang) keadaannya.Kamus Pelajar
kutu Isj binatang halus (yg terdapat pd rambut manusia, bulu binatang, dll); jenis-jenis: ~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dll; ~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-­rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu; (bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina; berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~; 2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang; berkutu-kutuan saling menyelisik kepala(utk mencari kutu); mengutui mencari kutu (di kepala dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
simen(simén) 1. sj serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat bata atau membuat tembok; 2. campuran serbuk simen dgn pasir dan air utk membuat atau melapisi tembok dll; 3. bahan utk menampal gigi yg berlubang; 4. zat kapur yg membentuk lapisan luar gigi; bersimen dibubuh plaster Paris pd kaki tangan atau bahagian tubuh yg lain utk melindungi tulang yg retak atau patah supaya pulih: kutemui ayah yg terbaring dgn kaki kanannya ~; menyimen membubuh simen pd: pekerja­pekerja yg sedang sibuk ~ lantai rumah banglo itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkat1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minum­an; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberang­katkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (ber­tolak), berangkatnya: dia pergi tanpa mem­beritahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat ber­ulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkat­an pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji.Kamus Dewan Edisi Keempat
kawan I1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti.Kamus Dewan Edisi Keempat
sandar I; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn ber­sandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerja­sama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiar­kan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu me­ngampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas