Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahaya nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mara Iapa-apa yg mendatangkan kesukaran atau kesusahan; bencana; bahaya: Moga-moga Allah menjauhkan kita drpd segala bahaya dan ~-Nya. ~ bahaya berbagai-bagai bahaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mara Isl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali di­cari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu; bermara sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
risiko1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau ke­rugi­an: seorang sahaja yg menanggung ~ per­niagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-ke­mung­kinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lari1 pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2 pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3 kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~(-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~(-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan (kuda dsb) berlari. larian 1 balapan tempat berlari: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2 gerakan berlari: ~ yg pd mulanya laju sekali itu perlahan-lahan terhenti. 3 (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1 hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2 = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar: Garisan-garisan itu kelihatan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serodaduri dll yg dibelitkan pd batang pokok (utk mencegah drpd dipanjat orang dll), serangkak; spt memanjat terkena ~ prb peri-hal orang yg mendapat bahaya kerana nafsu-nya sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
lari1. pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2. pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3. kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan):Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~ (-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~ (-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1. membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2. melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb):Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 3. mengalih (pandangan dll):Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan sesuatu berlari atau bergerak dgn kencang: Di jalan yg sibuk begini pun, dia ~ keretanya. larian 1. balapan tempat berlari atau tempat memperlarikan sesuatu: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2. (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1. hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2. = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1. orang yg berlari (dlm sukan dll). 2. orang yg melarikan diri; orang yg lari. 3. orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar:Garisan-garisan itu kelihatan ~Kamus Pelajar
hurai; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambut­nya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melaku­kan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghurai­kan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai.Kamus Dewan Edisi Keempat
selamat1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabah, = ~ hati berani menghadapi bahaya dll; tidak gentar; cekal hati. menabahkan, = ~ hati menjadikan tabah (hati); memberanikan (hati); mencekalkan hati. ketabahan, = ~ hati sifat atau keadaan tabah; keberanian; kecekalan hati: Berkat ~nya, dia telah berjaya dlm peperiksaan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghindarimenjauhkan diri dr; mengelak supaya tidak kena atau tidak ditimpa sesuatu (bahaya, kecelakaan dsb): Oleh sebab sifatnya yg jahat, saya berusaha ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas