| balai gendang | rumah tempat tabuh masjid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| balai I | 1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| raya | 1 besar: alam ~ dunia sejagat; gendang ~ gendang besar. 2 = hari ~ hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: Hari ~ Haji (Korban, Aidiladha) hari besar Islam yg diraikan pd 10 Zulhijah; Hari ~ Puasa hari besar Islam yg diraikan pd 1 Syawal. 3 awam; umum: balai ~ balai utk orang ramai. beraya berhari raya. merayakan meĀmuliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. perayaan 1 perihal merayakan sesuatu. 2 upacara, majlis, pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| raya | 1 besar: alam ~ dunia sejagat; gendang ~ gendang besar. 2 = hari ~ hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: Hari ~ Haji (Korban, Adha) hari besar Islam yg diraikan pd 10 Zulhijah; Hari ~ Puasa<.i> hari besar Islam yg diraikan pd 1 Syawal. 3 awam; umum: balai ~ balai utk orang ramai. beraya bp berhari raya. merayakan memuliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. perayaan perihal merayakan; pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. | Kamus Pelajar |
| raya I | 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang besar; hari ~ = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) Hari Raya Puasa; b) Hari Raya Haji; Hari R~ Haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama ~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji Hari Raya Haji; kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~ jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll; pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~ pilihan umum; rimba ~ rimba luas; beraya bp berhari raya; merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya; perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |