Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang an nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
benda1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
khalakark 1. ciptaan Tuhan; 2. ciptaan, buat­an (sesuatu barang); halus ~nya halus buat­annya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkin1. sj tempat spt para (biasanya di pasar) utk penjual meletakkan barang jualan­nya (spt ikan, sayur, dll); 2. = pangking.Kamus Dewan Edisi Keempat
harga1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tenunbarang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain, kapas, sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk membuat kain (cita dll); industri (perusa­haan) ~ perusahaan membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik ~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn menggunakan alat tenun);bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna; menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun; penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menebus1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lelong(lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli­-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas­-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. men­jual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. mem­borong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekira­nya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
treler/tréler/ sj lori panjang yg badan­nya boleh diceraikan, dan digunakan utk mengangkut barang: Barang-barang itu sudah diangkut oleh ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
barang1. benda: apabila ada ~ dibelikan suami janganlah ~ itu tertanggal dr badan lagi; 2. (segala) sesuatu, apa sahaja: Serang Sakar pembengis dan kasar ~ cakapnya; 3. lebih kurang, kira-kira: ada ~ tiga musim antaranya maka datanglah kapal itu; 4. agar, mudah-mudahan: ia meminta doa kpd Tuhan ~ dianugerah-Nya akan mereka tempat yg kebajikan; 5. baik, walau: ~ ke mana pergi dibawanya anaknya; 6. semestinya, sepatutnya, sewajarnya: itu sudah ~ tentu; ~-~ antara (Eko) barang-barang yg digunakan utk membawa barang-barang lain; ~ apa segala sesuatu, apa sahaja; ~ bahan Id barang yg akan dibuat sesuatu; ~ baki (Eko) barang-barang sebuah syarikat dll yg disenaraikan serta nilainya, inventori; ~ besi (logam,tanah, dll) barang yg dibuat drpd besi (logam, tanah, dll); ~ bila (kala) sesuatu waktu, bilabila saja; ~ cetak(an) barang-barang yg dicetak (spt buku, majalah, dll); ~ dagangan barang-barang yg akan dijual; ~ ekonomi barang-barang yg terbatas banyaknya dan boleh dijualbelikan; ~ gelap barang yg tidak sah (barang curian, barang seludupan); ~ kemas (perhiasan, persolekan) barang yg dipakai utk kecantikan; ~ kes (Udg) objek, dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan; ~ mewah barang-barang yg dipakai utk kemegahan (kecantikan); ~ modal (Eko) barang-barang yg dipakai utk menghasilkan barang lain; ~ orang sebarang orang; ~ pakaian segala macam pakaian; ~ pecah belah (pecahan) ark barang tembikar; ~ pembantu (Eko) barang-barang yg menambah pendapatan; ~ penanding (Eko) barang-barang yg menandingi atau boleh jadi pengganti kpd barang lain; ~ penggenap (Eko) barang-barang yg menambah penggunaan barang lain kalau ditambah penggunaannya; ~ pusaka barang peninggalan orang tua dll; ~ runcit barang yg dijual sedikit-sedikit; ~ seni hasil kesenian; ~ sesuatu segala sesuatu, segala apa; ~ siap barang yg sudah diproses utk jualan; ~ siapa sesiapa saja; ~ tetap harta benda yg tidak dapat dipindah-pindahkan (rumah, tanah, dll); ada wang ada ~ kalau sanggup membayar tentu mendapat barang yg lebih baik;barang-barang 1. barang; 2. = sebarang; sebarang biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;barangan (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasar Ibangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (la­pangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd pe­niaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam­-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas