| bersekali | bersama-sama sekali (dgn), berserta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bulat | 1 berbentuk spt bentuk bola: Apakah bukti-buktinya bahawa dunia ini ~? 2 berbentuk spt bentuk roda; bundar: Bawakan saya talam yg ~ itu ke mari. 3 lengkap seluruhnya; tidak berpecah-pecah: Anggota Dewan Rakyat telah ~ menerima usul yg dikemukakan oleh Perdana Menteri. ~ bujur (panjang, telur) bentuk yg menyerupai bentuk telur; lonjong. ~ hati a. berhati lurus; jujur. b. dgn tetap hati atau dgn sungguh-sungguh. ~ kata sepakat; sehati. ~ torak bentuk yg panjang bulat spt bentuk buluh. bulat-bulat 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. membulat menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. membulatkan menjadikan bulat (dlm berbagai-bagai erti spt melengkapkan, menyatukan). ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad) menetapkan fikiran dsb hendak berbuat sesuatu. ~ ingatan menumpukan atau memusatkan ingatan pd. ~ muafakat memutuskan pendapat supaya sepakat. bulatan sesuatu yg bulat atau bundar: Buat tiga ~ yg sama besarnya di dlm petak tiga segi ini. sebulat dgn tidak ada kecualinya; dgn sepenuhnya: Mereka telah ~ suara bersetuju menubuhkan syarikat tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bulat | 1. berbentuk spt bentuk bola: Apakah bukti-buktinya bahawa dunia ini ~? 2. berbentuk spt bentuk roda; bundar: Bawakan saya talam yg ~ itu ke mari. 3. lengkap seluruhnya; tidak berpecah-pecah: Anggota Dewan Rakyat telah ~ menerima usul yg dikemukakan oleh Perdana Menteri. ~ bujur (panjang, telur) bentuk yg menyerupai bentuk telur; lonjong. ~ hati a. berhati lurus; jujur. b. dgn tetap hati atau dgn sungguh-sungguh. ~ kata sepakat; sehati. ~ torak bentuk yg panjang bulat spt bentuk buluh dll. bulat-bulat 1. sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2. semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. membulat menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. membulatkan menjadikan bulat (dlm berbagai-bagai erti spt melengkapkan, menyatukan dll). ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad) menetapkan fikiran dsb hendak berbuat sesuatu. ~ ingatan menumpukan atau memusatkan ingatan kpd. ~ muafakat memutuskan pendapat supaya sepakat. bulatan sesuatu yg bulat atau bundar: Buat tiga ~ yg sama besarnya di dlm petak tiga segi ini. sebulat dgn tidak ada kecualinya; dgn sepenuhnya: Mereka telah ~ suara bersetuju menubuhkan syarikat tsb. | Kamus Pelajar |
| puntung I | 1. lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dll) yg sebahagian besarnya sudah terbakar: ~ rokok; ~ kayu; ~ suluh; berhubung ~ sangat banyak menghisap rokok; spt meninggalkan ~ suluh di tangga tidak dihiraukan lagi; 2. kudung, buntung, kotong: baju ~; seluar ~; ada banyak orang yg ~ tangannya, ~ kakinya; 3. bp merugi: dasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; sekerat se~ saja beberapa orang saja; ~ api sisa kayu api yg telah terbakar; ~ rokok rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap); ~ berasap prb sesuatu yg mustahil; ~ sekerat penyiar rimba prb orang seorang banyak anaknya; dibakar melilit ~ prb orang yg tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas; jangan ~ berasap jua prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali; mengambil ~ pemukul kepala prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; padam menyala tarik ~ prb barang di mana mati di situlah ditanamkan; selembap-lembap (selemau) ~ di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua; tarik ~ padamlah bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi; memuntung menjadi puntung (kotong, kudung); memuntungkan memotong (mengerat) hingga puntung, mengudungkan; kepuntungan tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi): rokok yg dihisapnya itu sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kali I | 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (kejadian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), berserta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarabkan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. | Kamus Dewan Edisi Keempat |