| aset tetap | (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayarannya belum diterima; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| aset | (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangunan, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewangan (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak menjanakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi memberi hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayarannya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sangkut paut | 1. hubungan atau kaitan (dlm beberapa perkara dll): ceritanya itu ada ~nya dgn sejarah; 2. kena-mengena (dlm hal kekeluargaan dll), bertalian: orang itu tidak ada ~ dgn kita; 3. kaitan hutang-piutang (bayar-membayar); bersangkut paut ada kena-mengena, berkaitan (dgn), bertalian (dgn): karangan hendaklah drpd perkara-perkara yg ~ dgn pekerjaan yg dibuat; menyangkutpautkan menjadikan kait-me-ngait, melibatkan, mengaitkan: banyak toh-mahan dan cerita karut yg ~nya dgn projek-projek kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hendak | 1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen pun tiada; tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~pun kalaupun: ~pun dikatakan cantik tidak juga; menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati; berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghormatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pakai | 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. menggunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (mempergunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pakaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terima | bp mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu): kemudian ia hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~; (mengucapkan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan; berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih mengucapkan syukur; menerima 1. mengambil (mendapat, menadah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesahkan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., memandang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi; menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) menerima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, peng-hargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihenti-kan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~ pesawat radio utk menangkap siaran radio; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sajak | 1 bunyi yg sama pd suku kata dlm pantun dll terutamanya pd suku kata yg terakhir: Pantun ini tidak kena ~nya. 2 puisi moden yg biasanya tidak mempunyai bentuk-bentuk tertentu. 3 kelihatan bergaya atau tampan; padan; cocok: ~ benar Basrun apabila memakai pakaian tentera. bersajak 1 sesuai atau sama bunyi suku katanya: Kata berlayar, ~ dgn kata bayar. 2 dlm bentuk sajak: cerita ~. menyajak 1 mengarang sajak: Dia telah mula ~ sejak awal tahun lima puluhan lagi. 2 menghias diri supaya kelihatan sajak: Norman memang pandai ~ badan. penyajak 1 orang yg mengarang sajak. 2 orang yg suka atau pandai menghias diri supaya kelihatan sajak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tunai | 1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan; membayar ~ membayar dgn wang pd ketika itu juga (tidak berhutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn segera; 2. tidak bertangguh (dlm mengerjakan sesuatu), pd ketika itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala; menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ permintaan Pegawai Daerah; ~ ajaran (perintah, pesanan) mengerjakan ajaran (perintah, pesanan); ~ cita-cita berusaha mencapaikan cita-cita; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dll); penunaian perihal menunaikan, pelaksana-an, pengamalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pukul I | 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp mengenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersembunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul berkali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |