Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayaran nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
faedah(faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
dewasa(déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan penge­ta­hu­annya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (ma­nusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. men­jadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pan­dangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses men­dewasakan (membesarkan dsb), pem­besaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pe­nga­laman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti ke­pel­bagaian tema yg diterokai dan ke­pelbagaian aliran teknik dlm penulisannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
percuma1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kredit(krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pem­bayarannya ditangguhkan; memberi ~ mem­beri pinjaman (hutang), membenarkan (mem­bolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir per­akaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuma-cuma1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
pekerjaorang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
ansur; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan; mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur; mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan; ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; pengansuran perbuatan mengansurkan (hu-tang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kadar I1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemam­puannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubung­annya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil.Kamus Dewan Edisi Keempat
bawaan1 apa-apa yg dibawa: ~ yg melebihi 40 kilogram beratnya akan dikenakan bayaran tambahan. 2 harta benda yg dibawa ketika berkahwin: Apabila berlaku perceraian, ~ isteri pulang kpd isteri. 3 benda yg dibawa sbg hadiah; buah tangan: Setiap kali dia datang, ada-ada saja ~nya. 4 berkaitan dgn sesuatu yg dibawa oleh: penyakit ~ air penyakit yg tersebar melalui air yg tercemar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
atendan(aténdan) 1. pekerja lelaki di hospital yg membuat kerja-kerja rencam (spt men­jaga kebersihan di rumah sakit, membawa makanan utk pesakit, menolong pesakit, dsb); 2. pembantu drebar lori, kelindan; 3. orang yg bertugas menjaga kereta di sesuatu tempat letak kereta dan mengutip bayaran drpd em­pu­­nya kereta, jaga kereta.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas