Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedah alat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pensterilalat utk mensteril: ~ alat-alat bedah dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
steril(stéril) 1. terpelihara (bebas, bersih) drpd kuman atau hama; 2. Id tidak subur, tidak dapat beranak atau berbuah, mandul; mensteril menjadikan steril (bebas drpd kuman): gunakan jarum atau pin yg sudah disteril; kesterilan perihal atau keadaan steril; pensterilan perihal (perbuatan dsb) menjadikan steril, sterilisasi; pensteril alat utk mensteril: ~ alat-alat bedah dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
insisi(Ubat) 1. proses menghiris tisu dgn alat yg tajam dlm sesuatu pembedahan; 2. hirisan yg terhasil apabila tisu dihiris dgn alat bedah yg tajam.Kamus Dewan Edisi Keempat
bedahcara menyembuhkan penyakit dgn jalan memotong bahagian tubuh yg sakit: doktor ~ doktor yg ahli dlm hal bedah; ilmu ~ pengetahuan ttg bedah. membedah memotong atau menghiris bahagian tubuh yg sakit (utk menyembuhkannya): Apabila doktor hendak ~ seseorang pesakit, orang itu biasanya dibius terlebih dahulu. pembedahan perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. ~ jantung terbuka pembedahan pd jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal (tidak melalui jantung) semasa pembedahan itu. ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memulihkan, mengekalkan atau mempercantik paras rupa. ~ mikro pembedahan rumit yg dilakukan pd tisu, sel dsb dlm badan, dgn bantuan mikroskop. ~ plastik pembedahan utk membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa, dgn membuat pemindahan tisu, sama ada utk tujuan rawatan (bagi kecederaan), memulihkan kecacatan atau supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. pembedah 1 orang yg membedah; doktor yg membedah. 2 alat yg digunakan utk membedah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendengaran1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
operasi1. pembedahan: ia sanggup men­jalani suatu ~ asal sahaja penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera, dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan prinsip me­kanik; 3. ke­giatan (syarikat perniagaan, per­usahaan, dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan; daerah ~ daerah yg sedang di­jalankan gerakan tentera; kamar ~ a) bilik tem­pat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat dikawal atau diken­dalikan se­suatu gerakan, bilik gerakan; eroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang yg sakit.Kamus Dewan Edisi Keempat
bedah1. pecah, rabak, sobek (bkn bendungan dll): kerana hujan lebat, empangan itu telah ~; 2. berkaitan dgn (terlibat di dlm, digunakan utk) pembedahan: doktor ~; ilmu ~; perkakas ~; membedah 1. membelah mana-mana bahagian badan utk membuang atau merawat bahagian yg berpenyakit: kalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh; 2. membelah bahagian tubuh (biasanya binatang utk melihat isi di dalamnya utk tujuan pembelajaran): ~ arnab;pembedahan perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupaseseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;pembedah 1. orang (doktor) yg membedah; 2. alat utk membedah.Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah me­nangkap (percakapan, kata-kata yg di­tutur­kan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, meng­endahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan men­dengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; men­dengarkan, mendengari 1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) men­­­dengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas