| bertunda-tunda | 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakangnya ~ anaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunda I | sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, berturut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakangnya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kemalangan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muka | 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuatbuat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| belakang | 1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| undur | = berundur berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; mengundur 1. bergerak mundur, surut ke belakang: Sidek ~ dan duduk di tanah; 2. ki mengaku kalah, beralah; mengundurkan 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll), memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat, undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain, melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan membantu kami meng-atasi kesukaran-kesukaran di sini; ~ diri a) pergi dr, meninggalkan: ia menjadi bingung melihat keadaan itu lalu ~ dirinya balik ke rumah; b) menarik diri, berhenti dr, meletakkan ja | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| belakang I | 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membelakang | belakang 1. bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2. bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3. masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1. duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2. ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2. tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1. = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak-anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2. kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan:Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1. membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2. tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1. tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2. paling belakang; terakhir; terkemudian. | Kamus Pelajar |
| akhirnya | 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berundur | berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ekor I | /ékor/ 1 bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~nya. 2 penjodoh bilangan bagi binatang: se~ lembu. 3 sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor 1: ~ layang-layang. 4 bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1 bergantung (berjuntai) spt ekor. 2 mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |