| ceruh | terkupas bersih drpd kulit dan selaputnya (ttg padi dll): beras ~ beras yg sudah dibersihkan drpd kulit dan selaputnya. menceruh menumbuk (beras) bagi kali yg akhir supaya ceruh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| as I | IB gandar, pasak, sumbu: kereta itu patah ~nya; beras mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suka | 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kedondong I | sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Canarium spp.; ~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra (jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kunyit I | sj tumbuhan (rizomnya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~ teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiber ottergii; bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak berpendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tepung I | 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk membuat kuih); ~ berperasa tepung yg mengandungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekatkan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sempurna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| laksam | Kl 1. adunan tepung beras yg bentuknya spt kuetiau; 2. sj masakan yg menggunakan laksam (biasanya disertai hirisan bunga kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama kuah lemak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencampurkan | 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tumpah | terkeluar, keluar dr bekasnya (benda cair, beras, dll): hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya; maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi; tanah (tempat, negeri dsb) ~ darah tempat dilahirkan; ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg baru bersalin, keguguran dsb), turun darah; ~-ruah tumpah banyak-banyak; menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pd; menumpahkan 1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah: siapa yg ~ beras dr guni ini? 2. ki memberi (perhatian dll), mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki mengeluarkan atau melahirkan (perasaan dll): dia membiarkan orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya; ~ darah melakukan pembunuhan (peperangan dll); tertumpah 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; tumpahan sesuatu yg tumpah (ditumpahkan), curahan: terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu; ~ minyak tompokan minyak yg terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat drpd minyak yg tumpah dr kapal disebabkan perlanggaran dsb; ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: bajunya ~ kuah; pertumpahan perihal tumpah; ~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dll); penumpahan perihal menumpahkan, pen-curahan; ~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |