| berhulu | 1 bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2 memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berhulu | 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berhulu | 1. bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2. memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. | Kamus Pelajar |
| pengetam | pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| parang puting | parang yg tidak berhulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ketam I | , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pengetam | sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pisau | besi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berhulukan | mempunyai hulu yg dibuat drpd; berhulu akan: parang yg ~ besi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| cambuk | tali yg diberi bertangkai atau berhulu dan digunakan utk menyebat; cemeti. mencambuk 1 menyebat dgn cambuk. 2 ki menggesa agar menurut, melakukan sesuatu dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |