| lengah | (léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalankan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerjakan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mempersenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan melakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg menggunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlengah-lengah | 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berlengah | 1. berlalailalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlengah-lengah | 1. berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| segera | tidak berlengah-lengah atau tidak ternanti-nanti lagi; terus dilakukan; lekas-lekas; cepat-cepat: Surat ini hendaklah dihantar ~. menyegerakan melakukan sesuatu dgn segera: Kami memohon supaya kerajaan ~ pembinaan klinik di kampung ini. mempersegera menjadikan lebih segera; mempercepat. penyegeraan proses atau perbuatan menyegerakan: Bahan yg dihasilkan itu adalah utk ~ pulihnya kesegaran kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bangat | tidak berlengah-lengah; cepat; segera: lambat ~ lambat laun; lama-kelamaan. membangatkan mencepatkan; menyegerakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bertagak-tagak | berlengah-lengah (melakukan sesuatu dll), bertangguh-tangguh: pihak yg berkuasa janganlah ~ utk meng-ambil tindakan yg tegas terhadap peniaga-peniaga itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| semerta | tanpa berlengah-lengah, serta-merta: mereka mesti bertindak balas dgn ~; pemulih-an boleh diadakan secara ~ dlm bilik darjah; kontrak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| segera | tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| iseng-iseng | berlengah-lengah (berbuat sesuatu), melakukan sesuatu utk menghabiskan masa dll: berkawan dgn dia hanya ~ sahaja, kalau aku berasa sepi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |