Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selamba1. pd lahirnya macam biasa (sedang­kan sebenarnya telah berlaku sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayapsl makan atau minum (digunakan ber­kaitan dgn orang biasa), lwn santap (diguna­kan bagi raja); ayapan makanan (diberi oleh raja kpd orang biasa);Kamus Dewan Edisi Keempat
awal1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
senamrobiklatihan jasmani yg mengga­bung-kan aerobik dan senaman biasa (lazimnya dilakukan beramai-ramai sbg suatu acara).Kamus Dewan Edisi Keempat
racik Isj jerat utk menangkap burung; tahan ~ burung tak masuk, burung biasa makan di tangan prb orang yg biasa ber-campur dgn orang yg berakal itu susah hendak dikalahkan; meracik menangkap burung dgn mengguna­kan racik; peracik orang yg meracik burung: bapanya bukanlah ~ burung sepenuh masa.Kamus Dewan Edisi Keempat
pulih Ikembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd ke­adaan yg semula, membaikkan, menyembuh­kan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulang­kan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
alah Ikalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesu­sah­an tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang me­makai prb tidak apalah mahal sedikit harga­nya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikata­kan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mem­punyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: surat­an ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalah­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
demam1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg di­sebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (me­nyebabkan badan terasa sejuk dan meng­gigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg di­sebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-ku­ningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya de­mam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menye­babkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadi­kan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menumangkan1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg seke­cil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: per­kara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyempurnakan (membayar, menu­nai­kan) hajatmenyampaikan niat (biasa­nya mengadakan kenduri);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas