| punah I | 1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa; memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semuanya, memusnahkan, menghancurkan: mereka mencuri dan ~ harta benda orang; kepunahan perihal (keadaan) punah, kemusnahan, kehancuran; pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg beriklim sederhana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dusun I | 1. kampung yg terpencil, dukuh; orang ~ orang kampung (desa); 2. kebun buah-buahan: ~ yg sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yg memuaskan; berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang prb orang yg terlalu sempit (terhad) pengetahuannya; jikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, haruslah ~ itu dibuangkan prb orang yg menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan; berdusun mempunyai dusun (buah-buahan); pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |