| taman | 1 kebun yg ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bunga-bungaan; kebun bunga. 2 ki tempat orang bersenang-senang atau bersiar-siar. ~ bacaan a. ruang atau rumah tempat membaca buku. b. = ~ pustaka bilik atau bangunan tempat buku-buku bacaan dikumpulkan dan disimpan; perpustakaan. ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk tujuan penyelidikan, utk dipamerkan kpd orang ramai bagi tujuan pemelajaran, dsb. ~ didikan (bimbingan) kanak-kanak tempat mendidik kanak-kanak (biasanya yg berumur antara empat hingga enam tahun). ~ hiburan tempat orang pergi bersuka ria. ~ hutan ist kawasan hutan yg diurus atau diselenggarakan sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah. pertamanan hal yg berkaitan dgn taman; urusan menyelenggarakan taman: Usaha ditumĀpukan pd penghijauan dan ~ di kawasan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| indah | cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~ khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya); mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu; memperindah menambah keindahan (keĀcantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam; pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hias | ; berhias 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. berhiaskan memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn: Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni. menghias menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu. terhias telah atau sudah dihias: Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja. hiasan hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. penghiasan perihal atau perbuatan menghias: Beliau merancang ~ semula rumahnya. penghias orang yg menghias. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hias | berhias 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2. (telah) diperelok. berhiaskan memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn: Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni. menghias menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu. terhias telah atau sudah dihias: Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja. hiasan hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. penghias orang yg menghias. | Kamus Pelajar |
| guru | 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |