| berdekat-dekatan | 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersisi | berdampingan, berdekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdekat-dekat | , berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersisi-sisian | berdampingan, berdekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hampiran | tempat yg dekat, dekatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersua | 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| naqliah | (yg) berasaskan nas: bukan sedikit yg mencemuhkan pendekatan rasional yg adil terhadap agama, memagarkan antara pendekatan akliah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sua I | ; pagar ~ pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; menyua 1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2. memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya; menyuakan 1. menyogokkan, memberikan, menyodorkan: Karim ~ sepiring kuih; 2. menghulurkan (tangan dll); mempersuakan menjadikan bersua (bertemu, berjumpa), mempertemukan, menyemukakan: apalagi sekarang bulan tabut, tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan; tersua bertemu dgn, terjumpa; persuaan pertemuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdekatan | 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdekat | 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |