| menyigi | 1. menyuluh dgn sigi, menerangi: maka diambilnya sebuah lampu minyak tanah, lalu disiginya ketiduran anaknya; 2. ki menyelidiki dgn teliti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlipat | 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berselubung | memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup) litup: maka diambilnya kain lalu ~ ia pd tempat tidur itu; seorang perempuan muda yg ~ kain Bugis ungu halus dr kepala sampai ke lututnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengandar | membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpakan | mempunyai (memakai) pakan: kain dibaja yg ~ emas; maka diambilnya kain raja yg ~ emas itu dipakainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beras | 1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merelakan | memberikan dgn suka hati; mengizinkan; memperkenankan: Relakan saya pergi. ~ wang yg diambilnya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| memangguk | meletakkan sesuatu ke atas benda lain: jala yg ditaruhnya dlm petak diambilnya dan dipangguk pd lengannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pangguk | ; memangguk meletakkan sesuatu ke atas benda lain: jala yg ditaruhnya dlm petak diambilnya dan dipangguk pd lengannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pemboleh ubah terkawal(controlled variable) | Pemboleh ubah yang dikawal penggunaannya atau nilai yang diambilnya. | Kamus Komputer |