| dapat dibilang (dihitung) dgn jari | sangat sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| apa yg hendak dibilang | apa yg hendak dikatakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membilang | bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mentahkikkan | 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bilang II | bp cakap, bercakap: Narto tak ~ dia hendak lari; emak ~, jangan pergi; membilang bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; membilangi memberitahu, memberi nasihat; membilangkan memberitahukan, mengatakan; perbilangan peribahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| genap | 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2, 4, 6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~; dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat; segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia; menggenapkan mencukupkan, melengkapkan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahkik | Ar 1. pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; 2. benar, sahih, sungguh: syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; ahli ~ ahli sufi; mentahkikkan 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya; pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat: apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| arang I | 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); membasuhkan ~ yg terconteng di muka prb menghilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jari I | 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ kelengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bintang I | 1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |