Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dike ali


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dakwaaduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemuka­kan di mahkamah; kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan); berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba; mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau menge­muka­kan sesuatu sbg satu kenyataan atau ke­benaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; mendakwai menuntut (hak dll); mendakwakan menuntut (sesuatu), menu­duh­kan; terdakwa orang atau pihak yg didakwa (di­tuntut mahkamah); dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah di­majukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dike­muka­kan dsb) supaya diterima sbg satu ke­nyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; pendakwaan perbuatan mendakwa, penge­mukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu; pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas