| anjing | beberapa jenis binatang yg dipelihara utk menjaga rumah (berburu dll), Canis spp.. ~ geladak anjing liar yg tidak dipelihara orang. ~ gila nama sj penyakit yg disebabkan oleh virus yg dijangkiti melalui air liur haiwan terutama anjing yg terkena penyakit itu, Rabies canina. ~ hutan anjing liar yg hidup di hutan. ~ laut serigala laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pungut | ; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali-kali; memungutkan memungut (mengambil) sesuatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anjing | beberapa jenis binatang yg dipelihara utk menjaga rumah (berburu dll), Canis spp.. ~ geladak anjing liar yg tidak dipelihara orang. ~ gila nama sj penyakit yg disebabkan oleh virus yg dijangkiti melalui air liur haiwan terutama anjing yg terkena penyakit itu, Rabies canina. ~ hutan anjing liar yg hidup di hutan. ~ laut serigala laut. | Kamus Pelajar |
| kucing I | sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb perihal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb menganiaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lembu | beberapa jenis binatang ternakan utk memperoleh susu atau dagingnya, Bos longifrons; Bos brachyceros; Bos indicus. ~ daging lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. ~ susu (perahan) lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. memperlembu ki memperlakukan seseorang spt lembu; membodoh-bodohkan: Mereka sengaja mengambil kesempatan utk ~ kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| anjing | 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelihara | ; memelihara 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik; terpelihara 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya; peliharaan (orang dll) yg dipelihara, piaraan: anak-anak yatim piatu ~ Dato’ Bendahara itu pun pulang dr bermain; biri-biri ~ mempunyai bulu yg tebal serta lembut; keterpeliharaan keadaan terpelihara: ~ drpd kesalahan dan keabdian yg dijamin oleh al-Quran; pemeliharaan 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah; pemelihara 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hutan | 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ayam | beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| dipaleh | dipelihara dan diperkuat dgn mengurut, memberi makanan yg baik-baik dll (ayam sabungan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |