Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipendam

Puisi
 

Sayang selasih sama selasih,
     Selasih tumbuh di tepi kolam;
Kalau hati sesama kasih,
     Rindu dipendam siang malam.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mulut tempayan boleh ditutup,
     mulut manusia bagaimana menutupnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terperamki dipendam atau tersimpan dlm hati: mengeluarkan segala yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendamansesuatu yg dipendam.Kamus Dewan Edisi Keempat
peram I; berperam ki selalu tinggal di rumah sahaja; memeram 1. menyimpan buah-buahan dll (dgn membungkusnya dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di rumah sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyim­pan, memendam (perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam; ~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg seorang ~ pisang prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang tidak; terperam ki dipendam atau tersimpan dlm hati: mengeluarkan segala yg ~; peraman buah-buahan (tapai dll) yg diperam; pemeraman perbuatan memeram.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendam; memendam 1. = memendamkan menyembunyikan sesuatu dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan; 2. = memendamkan diri tidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri; 3. menyimpan sesuatu dlm hati dll: dia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama menyimpan kasih; ~ cinta; terpendam 1. tertanam (tersimpan) dlm tanah dll; 2. tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll): puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yg lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat; 3. tersimpan dlm hati dll: tidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yg tersimpan atau ~ dlm hatinya; pendaman sesuatu yg dipendam.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas