| meluapkan | menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memendamkan | menyembunyikan sesuatu dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memendam | 1. = memendamkan menyembunyikan sesuatu dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan; 2. = memendamkan diri tidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri; 3. menyimpan sesuatu dlm hati dll: dia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama menyimpan kasih; ~ cinta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pendam | ; memendam 1. = memendamkan menyembunyikan sesuatu dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan; 2. = memendamkan diri tidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri; 3. menyimpan sesuatu dlm hati dll: dia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama menyimpan kasih; ~ cinta; terpendam 1. tertanam (tersimpan) dlm tanah dll; 2. tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll): puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yg lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat; 3. tersimpan dlm hati dll: tidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yg tersimpan atau ~ dlm hatinya; pendaman sesuatu yg dipendam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| luap | ; meluap 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk menjadi seorang pemuzik profesional ~; meluapkan menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah; luapan hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm dadanya sudah dapat ditenangkan; peluapan perbuatan meluapkan: ~ semangat muda Mat Yasin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |