| rebusan | barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg sudah dipakai utk merebus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rebus | ; kacang (telur, ubi) ~ kacang (telur, ubi) yg dimasak dlm air (sehingga empuk, keras, dsb); merebus memasak sesuatu dlm air, mengĀgodok: ~ keledek; ~ air menjerang air; merebuskan merebus utk: dia sempat ~ ibunya beberapa biji telur pd pagi itu; rebusan barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg sudah dipakai utk merebus; perebusan proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mentah | 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mati air | direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: daging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ditum | dimasak atau direbus dgn dibungkus dlm daun (bkn daging atau ikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rebusan | apa-apa yg direbus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| telur rebus | telur yg direbus sehingga keras isinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kaldu | air daging yg direbus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| begar | 1. keras (walaupun direbus atau diperam), tidak mahu empuk; 2. tidak dapat berubah lagi (tabiat dll), tegar hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rebusan | apa-apa yg direbus. | Kamus Pelajar |