| Kumpulan Wang Antarabangsa | kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| asnaf | Ar golongan yg berhak menerima zakat: sumber zakat disumbangkan kpd individu Islam yg termasuk dlm ~ yg lapan; selain mengagihkannya mengikut ~ tertentu, ia juga disalurkan utk kemudahan institusi pelajaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tagan | 1. wang (barang dll) yg dipertaruhkan dlm perjudian, pertaruhan: permata intan dijadikan ~, kekasih tidak abang tinggalkan; 2. wang dll yg disumbangkan utk (modal dll) usaha bersama, sumbangan; 3. gundu (dlm permainan guli, getah, jengkek, dsb); bertagan 1. Kl bertaruh, berjudi: di kaki lima ramai orang ~ daun terup; 2. Kd berangan-angan, mengira-ngira: engkau ini belum lagi memulakan kerja itu asyik ~ sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| curahan | 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kumpulan | 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| curah | ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kumpul | ; sekumpul selonggok; berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; mengumpulkan 1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah; kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar; pengumpulan perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |