| kepialu disumbat | demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terjejal | disumbat dgn penuh: tambahan yg ~ pd lubang paip itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyumbat | menutup dgn sumbat; menutup lubang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyumbat | menutup dgn sumbat; menutup lubang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? | Kamus Pelajar |
| sumbat, = penyumbat | menyumbat menutup dgn sumbat; menutup lubang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? | Kamus Pelajar |
| kepialu I | pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis); ~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebabkan tubuh menjadi panas dan orang yg menghidapinya meracau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyumpah-nyumpah | mengeluarkan kata-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sumbat | , = penyumbat benda yg biasanya dibuat drpd gabus dan digunakan utk menutup mulut botol dll; palam; pemalam: ~ botol. menyumbat menutup dgn sumbat; menutup lubang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? menyumbatkan 1 menggunakan sesuatu utk menyumbat: Dia ~ kertas pd lubang itu. 2 memasukkan sesuatu ke dlm; mengisikan: Mereka telah ~ buah rambutan itu ke dlm karung. tersumbat 1 tertutup dgn sumbat. 2 tertutup atau tersekat sehingga tidak lancar aliran air dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jejal | ; berjejal, berjejal-jejal penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di seberang sana kelihatan motokar ~; menjejal, menjejali menyumbat, mengisi (lubang dll) dgn penuh, menutup lubang (celah-celah) dgn sesuatu, memenuhi: setiap tanah lapang dijejali dgn rumah-rumah kediaman; terjejal disumbat dgn penuh: tambahan yg ~ pd lubang paip itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tabuh | tabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |