| hajat | 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk mendoakan supaya selamat; doa (sembahyang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menunaikan) ~ menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia selama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |