| berpimpin | 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pimpin I | ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pensijilan(certification) | Penerimaan dan pengesahan mutu perisian oleh pihak berkuasa selepas kemampuan perisian tersebut diuji atau ditunjuk cara. | Kamus Komputer |
| tunjal | ; menunjal 1. menumpukan atau menekankan kaki (ketika hendak melonjak atau melompat), menjejakkan kaki (ketika hendak berdiri); 2. menunjuk dan menyentuh dgn jari (biasanya dgn jari telunjuk): jari telunjuknya spt hendak ~ kepala kawannya; jauh dapat ditunjuk, dekat dapat ditunjal prb sesuatu yg diperkatakan dapat dibuktikan kebenarannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dekat | 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~ sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah, dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu): peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~ benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya; ~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat dibuktikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat; berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan; berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik; mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk melaksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demikian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu; terdekat dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ penggunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari; pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menunjukkan | 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka berterang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. memberi keterangan (penjelasan), menerangkan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjukkan oleh besi itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keladi | 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunjuk I | 1. bp = menunjuk, menunjukkan; ~ diri menampakkan diri (menghadap pembesar dll); 2. Mn jari telunjuk; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran; ~ cara melakukan sesuatu dgn tujuan utk memberitahu cara-cara membuatnya; ~ langit kayu yg dipasang tegak dr alang ke bumbung rumah; ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb, demonstrasi; bertunjuk-tunjukan 1. saling memperlihat-kan (diri dll), saling mengacukan jari; 2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat, nasihat-menasihati; menunjuk 1. mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari telunjuk ke: ia ~ ke papan hitam; 2. memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dgn isyarat: ia menunjuk-nunjuk dgn kipas; 3. mengarahkan jari (telunjuk) ke atas, mengangkat tangan; 4. menetapkan atau menentukan (orang yg diangkat, dipilih, dll): orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua mereka; 5. mengemukakan sesuatu sbg alasan, mengingatkan sesuatu dgn bukti, menyatakan, merujuk; ~ perasaan mengadakan tunjuk perasaan (dgn berpiket, berarak, dsb), berdemontrasi; menunjuk-nunjuk gemar memperlihatkan kelebihan diri sendiri: ancaman besar ter-hadap perasaan muhibah di negeri ini ialah drpd pemimpin-pemimpin politik perkauman yg cuba ~ pandai dan terlalu bercakap banyak; menunjuki memberitahu cara melakukan sesuatu, mengajari: ibu ~ kakak cara membuat kuih itu; guru kami telah ~ pendakwah-pendakwah; menunjukkan 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka berterang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. memberi keterangan (penjelasan), menerangkan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjukkan oleh besi itu; mempertunjukkan 1. memberi lihat (kpd), memperlihatkan (wayang, sandiwara, dll): masing-masing bangsa ~ kebudayaan nasionalnya; 2. memperlihatkan (barang-barang dll), mempamerkan: tiap-tiap bangsal telah dihiasi dgn indah, iaitu menurut jenis barang-barang yg akan dipertunjukkan; 3. memberikan bukti, membuktikan: aduhai saudara, pertetapkan iman dan berserah kpd Allah, tiap-tiap yg benar itu akan dipertunjukkan kebenarannya; pertunjukan 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi; petunjuk, pertunjuk ark 1. sesuatu yg menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dll), tanda dll yg memberitahu tentang sesuatu: pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yg mematuhi ~-~ jalan raya; 2. ketentuan yg harus dipatuhi, syarat: sebelum memakan ubat ini, ~ yg dikembarkan ini hendaklah dibaca dgn teliti; 3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: esei-esei yg dikumpulkan di dlm Renung-an penuh dgn seruan dan ~ utk menyedarkan dan membangunkan masyarakat; 4. bisikan hati (yg datang drpd Tuhan), ilham: mene-rima ~ Tuhan; 5. sesuatu yg menjadi panduan (utk melakukan sesuatu), rujukan: buku ini adalah ~ yg baik bagi penggemar-peng-gemar kesusasteraan; penunjuk 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu menjadi ~ jalan kpd kami? 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan (utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan; ~ jalan a) orang yg menunjuk jalan, mualim; b) tanda panah dll utk menunjuk jalan; ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan (berdemonstrasi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |