| homograf | (Lin) perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| benar | 1. tidak salah, betul: ejaannya ~; salah ~nya; 2. tepat (tidak berbeza drpd keadaan sebenarnya), memang demikian halnya, sungguh, sah: kalau ~ dia yg memukul adikku, tentu kuadukan kpd bapanya; 3. amat, sangat, sekali: ramai ~ orang pergi ke pantai;sebenarnya 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya;sebenar-benarnya sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya: mereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dgn adil; benar-benar sungguh-sungguh, betul-betul, amat sangat: kata-katanya itu ~ meninggalkan kesan di hatiku;berbenar, berbenar-benar Mn berterus-terang;membenar, membenar-benar Mn 1. berbenar; 2. meminta bantuan;membenari Mn memujuk, mengelon;membenar-benari mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh;membenarkan 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;memperbenar sl membenarkan; kebenaran 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; ketidakbenaran perihal atau perbuatan tidak benar;pembenaran perihal atau perbuatan membenarkan: ~ pandangan ini dr sudut agama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| homonim | (Lin) perkataan yg sama bunyi atau ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpangkalkan | mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| heteronim | (héteronim) (Lin) salah satu drpd dua bentuk kata atau lebih yg sama ejaannya, tetapi berbeza makna dan bunyinya, mis perang (perkelahian) dan perang (warna). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| heterofemi | (héterofémi) (Lin) penggunaan sesuatu kata secara silap drpd yg sebenarnya kerana kedua-dua kata berkenaan hampir sama bunyi atau ejaannya, mis asrama utk asmara atau sebaliknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pangkal | 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata berhampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha sebelah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (penerima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di sesuatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal terbang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. | Kamus Dewan Edisi Keempat |