Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endah kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengabaikan1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
abaicuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan meng­abaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabai­kan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
acuhpeduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan per­hatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan per­juangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendah­kan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
hisab1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihi­tunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitung­an, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab.Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, me­me­tik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyim­pan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. meme­gang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapat­kan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuan­nya atau dgn tidak mendapatkan kebenaran­nya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterang­an, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd bebe­­rapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan per­kahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan me­masukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hen­dak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memer­lukan, memakan) masa; ~ menantu men­jadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau men­dapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik se­mangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) ke­untungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ baha­gian orang yg mengambil bahagian, peserta.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas