| entah | 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? E~; macam mana perkara ini mahu di-selesaikan? E~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga; entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan); entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jangan-jangan | entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| entah | 1 kata utk menyatakan tidak tahu: ~ siapa yg mengambil mesin taipnya itu. 2 = entahkan boleh jadi; barangkali; mungkin: ~ benar, ~ tidak. entah-entah jangan-jangan; kalau-kalau: ~, dia sudah tidak ada di situ lagi. berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan). entah-berentah anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| entah | 1. kata utk menyatakan tidak tahu:~ siapa yg mengambil mesin taipnya itu. 2 = entahkan boleh jadi; barangkali; mungkin: ~ benar, ~ tidak. entah-entah jangan-jangan; kalau-kalau: ~, dia sudah tidak ada di situ lagi. berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan). entah-berentah anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan). | Kamus Pelajar |
| penjelmaan | 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jangan | kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suram | 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandangannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jelma | ; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu; terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud; jelmaan sesuatu yg telah menjelma, hasil drpd menjelma; batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll) akibat kuasa matahari dan air serta udara dll; penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |